Sakit memang sakit .
Sungguh aku tak sangka sakit dia sampai teruk sebegini semalam hampir aku
menangis zahirnya ,hampir putus segala urat jantung aku . Melihat dia bahagia
,aku yang merana aku bermohon kepada Allah swt agar kuatkan hati aku dan dapat
tempuh ujian ini dengan tenang walaupun aku tahu aku tak cukup kuat untuk semua
ini . Sungguh usia aku masih awal untuk semua ini. Kalau ikutkan hati nak marah
tapi tak sanggup , nak biar pun tak sanggup . Rasa nak pecah jantung aku ini ,
tak dapat aku terima hakikat bahawa dia bersama dengan orang yang pernah
sakitkan hati dia . benar kata orang cinta itu memang buta , sampai yang buruk
pon kita masih sangka baik . YA Allah , sesungguhnya aku bermohon kepada mu
agar permudahkanlah segala urusan aku ini . tapi kata orang “hidup ini ibarat
roda adakala di atas adakala di bawah” . mungkin sekarang aku di bawah sebab
Allah nak aku cari balik kesalahan aku. Betul aku ada kesalahan yang aku tidak
sedar. Terima kasih Allah kerana bawa aku pulang ke jalan yang benar .
Kepada Awak saya harap
sangat awak cepat - cepat lah sedar , bukan doa yang tak baik tapi saya tak
sanggup nak tengok awak sakit di masa mendatang nanti sebab tuh laa saya nak
sedar kan awak sekarang tapi itu semua hanya lah satu impian bagi saya .
mungkin Allah swt dah susun sesuatu untuk awak . Ya saya nampak awak bahagia
sekarang , tapi untuk masa akan datang ? awak terfikir tak keluarga awak?
Banyak abang awak kongsi dengan saya pasal diri dia . Dari awal sampai sekarang
. Ya saya dah tahu sedikit tentang keluarga awak . sebab tu la malam semalam
saya suruh awak fikirkan balik pasal kesalahan awak tapi lain yang saya harap ,
lain yang saya dapat . Habis- habis macam biasa saya yang banyak mengalah awak.
Saya nak awak buka balik mata hati tuh, bukak balik minda awak tuh. Jangan
tertutup rapat sampai tak nampak yang lain .
SEMOGA AWAK DAPAT BACA APA YANG TERBUKU DI HATI SAYA . awak tak nampak
apa yang saya nampak sebab awak takde benda tuh. Maaf awak , saya tak bermaksud
nak sakit kan hati awak . sebab kalau saya kata depan awak macam nih mesti awak
marah dan benci kan saya . MAAF AWAK
SEBAB TERSUKA AWAK TANPA SENGAJA .
(6 DISEMBER 2016-
03:49) KKTF
Comments
Post a Comment