mencari ketenangan itu tidaklah dengan mencari sesuatu untuk di lepaskan tapi ia adalah dengan mencari Allah swt...ye mungkin kita rasa mencari itu memberi ketenangan tapi itulah manusia bila seronok Allah swt dilupakan... Ketenangan itu sendiri datang nya dari Allah swt...maka untuk mencari sebuah ketenangan kita perlulah mencari Allah swt luahkan segala isi hati kita pada Allah swt..
Buat diriku yang sangat lemah bangun lah wahai diri disaat kau sedang berasa lemah kerana apa yang sedang kau lalui ini merupakan satu ujian dari Allah swt . Wahai diri bangkitlah semula kerana semua itu adalah permainan dunia sekarang kau perlu cari keredhaan Allah swt. Ya betul setiap pertemuan itu jodoh dan jodoh itu tak semestinya sampai hingga akhir hayat kau . Wahai diri lihat semula ke dalam diri kau apa tujuan kau di dunia ini adakah untuk menjadi hamba kepada dunia atau hamba kepada Sang Maha Pencipta. Tanya balik wahai diri , siapa yang berkuasa kalau bukan Dia . Allah swt yang menentukan segala nya sebaik perancangan kita tetapi rancanganNya jauh beribu kali lebih baik , Jadi diri bangun dan jangan mudah melatah kerana ada kebaikan di sebalik kejadian yang berlaku. Mungkin kau rasa dia jodoh yang terbaik tapipercayalah wahai diri pasti ada yang lebih dari itu yang Allah swt nak hadiah kan kepada kau. SABAR yaa wahai diri kau buat lah persediaan yang secukupnya kerana Allah...
Comments
Post a Comment